|
Fasa perubahan Idola anak-anak: Lentur Buluh Biar Dari Rebungnya.. |
|
Written by Muhamad Helmy
|
|
Wednesday, 07 July 2004 |
|
Sekadar pengkongsian.. Fasa 1 : sejak mengenal dunia hingga lingkungan 7 tahun. Pada peringkat ibu bapa adalah hero dan idola. Anak-anak akan meneliti dan mencontohi setiap yang dilakuakan oleh ibu bapa dan segala yang dilakukan oleh ibu bapa adalah yang terbaik. Pada ketika ini mereka lebih mendengar apa yang dikatakan oleh ibu bapa mereka sendiri berbanding orang lain.
Maka pada peringkat ini ibubapa perlu mengambil ruang sepenuhnya serta bersungguh-sungguh dalam pembentukan ruh Islam anak-anak. Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk menerapkan aqidah islamiyyah dan budaya hidup Islam supaya sebati dengan jiwa mereka seterusnya menunjukkan cara hidup Islam adalah yang terbaik supaya mereka lebih tegar menghadapi arus cabaran jahiliyyah yang mungkin menanti pada masa akan datang. Ini adalah penting supaya mereka terbiasa dan terus membesar dalam keadaan yang positif dan ibu bapa perlu memulakannya dengan menjadi contoh yang terbaik. Namun fenomena yang sering berlaku tika ini ibu-bapa beralasan yang anak-anak masih kecil untuk tidak membiasakan mereka dengan cara kehidupan Islam contohnya dalam penutupan aurat. Khususnya pemakaian tudung kepada anak-anak perempuan, bersolat dan lain-lain. Oleh itu, lenturlah buluh biar dari rebungnya..

Fasa 2: Alam sekolah rendah
Pada ketika ini lebih memerhatikan dan membenarkan apa yang dilakukan oleh guru sekolahnya. Sering kita melihat anak cilik yang balik dari sekolah berkata. ” mak, cikgu adik kata kan... Mak, ustazah along cakap xboleh buat macam tu.... n lain-lain” adakalanya anak-anak lebih membenarkan apa yang dilakukan oleh guru mereka berbanding ibubapa. Maka ketika ini, guru perlu betul-betul memainkan peranan dengan menerapkan nilai-nilai Islam dalam pengajaran. Jadilah guru yang bersifat murobbi yang mana kita bukan hanya mengajar tetapi mendidik anak-anak murid kita kearah perubahan tingkahlaku menjadi insan yang soleh dan muslih. Bukanlah bermaksud ibubapa perlu melepas tangan kepada guru, ibubapa tetap murobbi yang utama untuk anak-anak supaya menjadi hambaNYA yang taat. Tanpa didikan yang baik dari ibubapa dari peringkat awal, mungkin ketika ini input positif yang diberikan oleh guru pun tidak akan masuk ke dalam kotak minda dan hati anak-anak. Maka, lenturlah bulah biar dari rebungnya…
 |
|
Last Updated ( Monday, 17 August 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|
Tutorial Membina Blog Siri 1 |
|
Written by Muhamad Helmy
|
|
Monday, 09 August 2004 |
Blog ialah akar-kata dari pekataan Weblog, satu istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger telah menggunakan istilah Weblog ini untuk menamakan kumpulan lamanweb peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan disertai dengan pauatan-pautan ke website lain yang mereka anggap menarik juga dengan komentar-komentar mereka sendiri.
Di sini saya akan memberikan sedikit panduan untuk mencipta BLOG dengan tapak blogger.com yang saya kira amat mudah untuk mereka yang baru ingin memulakan sesebuah blog di alam siber ini sebelum berubah ke Portal website seperti Permata Sinar. |
|
Last Updated ( Friday, 01 May 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Web Master
|
|
Saturday, 12 June 2004 |
|

Nama diberi Muhamad Helmy Bin Ibrahim, Kelahiran di bumi bertuah Johor Darul Takzim. Dilahirkan oleh ibu tercinta pada tahun 3 Februari 1989 bersamaan 26 Jamadilakhir 1409 .Sekarang,seorang mahasiswa di sebuah Institusi Pengajian Tinggi.Seorang Pemuda yang ingin mencari kebebasan dari kejahilan,sentiasa ingin mencari Nur yang mampu mencerahkan segenap hati dan sanubari manusia...SEMOGA ISLAM TERUS MEKAR DI BUMI ALLAH INI.AMIN!!! ![]() |
|
Last Updated ( Wednesday, 29 July 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|